Program Insentif Perkahwinan Belia
Posted By admin On 16/03/18Apr 10, 2016 PROGRAM INSENTIF PERKAHWINAN BELIA. CLICK HERE ke website Insentif perkahwinan belia. Syarat Memperoleh Insentif. YAWAS telah diberi tanggungjawab bagi menguruskan Program Insentif Perkahwinan Belia mulai Januari 2017. Pasangan pengantin baru layak menerima insentif perkahwinan.
Buat pasangan yang lahir di Selangor ATAU bermastautin di Selangor, jika masih kesempitan wang untuk menjayakan majlis perkahwinan nanti, anda boleh memohon INTENSIF PERKAHWINAN BELIA KERAJAAN NEGERI SELANGOR. Tetapi, harus diingatkan intensif perkahwinan belia ini cuma untuk mereka yang baru berkahwin buat pertama kali sahaja. Jadi artikel kali ini, admin akan memberi maklumat mengenai syarat memperoleh intensif dan juga dokumen yang diperlukan semasa mengemukakan permohon ini. Diharap sedikit sebanyak ia akan membantu SYARAT MEMPEROLEH INTENSIF Terbuka kepada semua kaum. Tiada sebarang had pendapatan. Lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin di Negeri Selangor selama 10 tahun (perlu pengesahan ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Pengerusi Taman). Sijil berhenti sekolah rendah & menengah bagi Pemohon yang bermastautin.
(WAJIB) Pemohon Islam: Sijil Nikah yang berdaftar dengan Jabatan agama Islam Selangor atau mana-mana Jabatan Islam Negeri. Pemohon Bukan Islam: Sijil Pendaftaran Perkahwinan didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara di semua cawangan Selangor atau Jabatan Pendaftaran Negara di setiap negeri. Perkahwinan kali pertama sahaja. Pengantin lelaki atau perempuan tidak melebihi usia 35 tahun semasa tarikh bernikah atau pendaftaran.
Permohonan hanya terbuka kepada perkahwinan / pernikahan / berdaftar pada tahun SEMASA. Sah laku permohonan dalam tempoh 3 bulan bermula dari tarikh nikah (bagi pasangan Islam) atau tarikh daftar perkahwinan (bagi pasangan bukan Islam). Dokumen Sokongan perlu dihantar dalam tempoh dua (2) minggu dari Tarikh Pendaftaran Online (Dalam tempoh 3 Bulan dari tarikh nikah / daftar perkahwinan). PERMOHONAN HANYA SEKALI SAHAJA, SEBARANG RAYUAN TIDAK DILAYAN. Permohonan secara borang manual (bertulis) atau permohonan yang tidak didaftarkan secara atas talian (online) dalam tempoh 3 bulan dari tarikh nikah/tarikh pendaftaran perkahwinan tidak akan dipertimbangkan dan akan ditolak.
Permohonan yang tidak lengkap atau tidak disertakan bersama dokumen sokongan yang dikehendaki tidak akan dipertimbangkan dan akan ditolak. Generals Project Raptor. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN Salinan Kad Pengenalan pemohon. (WAJIB) Sijil Nikah bagi pemohon beragama Islam ATAU Sijil Pendaftaran Perkahwinan bagi pemohon bukan Islam. (WAJIB) Salinan muka hadapan buku simpanan akaun Tabung Haji bagi pemohon beragama Islam. (WAJIB) Salinan Sijil Berhenti Sekolah rendah dan menengah di dalam Negeri Selangor.
(WAJIB) SESI Q&A Apakah kod kelahiran bagi kelahiran di Selangor? JAWAPAN: Selangor: 10,41,42,43,44 Apakah dokumen penting untuk dikepilkan bagi kelahiran anak Selangor? JAWAPAN: Pemohon Islam: Salinan Kad Pengenalan, Sijil Nikah Asal (Bukan Sementara/Kebenaran Bernikah), Akaun Tabung Haji (Wajib berstatus akaun dewasa).: Pemohon Bukan Islam: Salinan Kad Pengenalan, Sijil Pendaftaran Perkahwinan Apakah dokumen penting untuk dikepilkan bagi kelahiran di luar Negeri Selangor? JAWAPAN: Pemohon Islam: Salinan Kad Pengenalan, Sijil Nikah Asal (Bukan Sementara/Kebenaran Bernikah), Akaun Tabung Haji (Wajib berstatus akaun dewasa), Sijil Berhenti Sekolah Rendah/Menengah dalam Selangor.: Pemohon Bukan Islam: Salinan Kad Pengenalan, Sijil Pendaftaran Perkahwinan, Sijil Berhenti Sekolah Rendah/Menengah dalam Selangor. Bagi pemohon yang bermastautin (lahir di luar Negeri Selangor), siapakah yang layak untuk membuat pengesahan taraf mastautin? JAWAPAN: ADUN / Penghulu / JKKK / Pengerusi Taman SAHAJA. Adakah Sijil Nikah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam selain Negeri Selangor diterima?